NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hajiji nafi Sabah pinggir kaum Cina

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Foto fail NSTP

SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini menafikan dakwaan Parti Warisan (Warisan) kononnya kerajaan Sabah meminggirkan kaum Cina terutamanya dalam pentadbiran negeri itu.

Hajiji berkata, kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) sememangnya mahu melantik individu daripada kaum itu sebagai menteri dalam Kabinet negeri, namun tiada calon kaum itu daripada parti kerajaan yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 2020.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri sudah melantik dua bekas menteri dalam kalangan kaum Cina memegang jawatan penting iaitu Datuk Seri Yong Teck Lee sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik dan Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai penasihat Ketua Menteri dalam sektor pelancongan.

"Tetapi apabila tiba PRN (Sabah) akan datang, bagilah sokongan kepada pemimpin Cina yang akan jadi calon GRS, kita akan bagi jawatan menteri dan pembantu menteri," katanya pada Ceramah Perdana Sandakan Ketua Menteri Bersama Rakyat, di Dewan Hakka Sandakan, di sini malam tadi.

Hajiji berkata, perkara yang seharusnya diutamakan ketika ini adalah usaha memulihkan ekonomi dan memajukan Sabah untuk manfaat serta kebaikan rakyat secara keseluruhannya.

– BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo