Bahasa Cina, Tamil, Iban, Kadazan, Dusun di semua sekolah jika BN menang kata Zahid Hamidi.
engerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi menjadikan sekolah kebangsaan (SK) sebagai medan menyubur keharmonian dan menyemai nilai menghargai satu sama lain.
Katanya, BN mahu menjadikan sekolah sebagai tempat memupuk minda terbaik melalui pengajaran kemahiran baharu seperti pengkodan atau coding dan kreativiti sebagai langkah menjadikan SK sebagai sekolah pilihan untuk pendidikan semua.
“Yang pasti, sekolah akan dijadikan medan paling ampuh untuk memupuk kesedaran kemajmukan dan perpaduan,” katanya dalam pengumuman Manifesto BN atau Padu hari ini.
Tegas beliau, BN tidak mahu sesiapa pun tertinggal, tercicir dan terpisah kerana sedar dalam fabrik sosial masyarakat Malaysia yang kaya dengan latar belakangnya di samping mengiktiraf dan menghargai kepelbagaian adalah satu-satunya jalan mengekalkan keharmonian dan nilai muhibah antara kita.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment