NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GTA tanding 2 kerusi parlimen, 6 DUN di Perlis


PRU15 | Gerakan Tanah Air (GTA) akan bertanding di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi GTA Perlis Tajul Haslam Tajudin berkata kerusi Parlimen yang akan ditandingi ialah Kangar dan Arau manakala DUN ialah Titi Tinggi, Bintong, Sena, Tambun Tulang, Guar Sanji serta Simpang Empat.

Beliau berkata calon GTA terdiri antaranya daripada bekas kakitangan kerajaan, tentera, pegawai bank dan usahawan.

“Meskipun GTA tidak bertanding di kesemua kerusi di Perlis namun tumpuan diberikan untuk memenangi kerusi di peringkat Parlimen,” katanya pada majlis memperkenal barisan calon gabungan itu yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN serta penyerahan watikah di Pejabat Pejuang Perlis di Kangar hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon bagi PRU15 manakala 19 Nov sebagai hari pengundian dan 15 Nov bagi pengundian awal.

Berikut adalah senarai calon Parlimen dan DUN di Perlis:

P002 Kangar - Nur Sulaiman Zolkapli

P003 Arau - Datuk Abdul Razak Abdul Khalek

N01 Titi Tinggi - Mohd Shahril Md Sarif

N06 Bintong - Shazwan Suban

N07 Sena - Mohd Faizal Yunus 

N12 Tambun Tulang - Maton Din

N13 Guar Sanji - Abdul Malik Abdullah

N14 Simpang Empat - Izhar Kamarudin Sudin

- Bernama


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo