NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GRS, GPS setuju kerjasama sebagai 1 blok, kata sumber


PETALING JAYA:
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah bersetuju untuk bekerjasama sebagai satu blok dalam menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan, menurut sumber.

Sumber itu juga berkata, GRS telah menyerahkan sepenuhnya kepada GPS untuk memutuskan keputusan blok itu, dengan gabungan Sabah untuk mengikut sebarang keputusan rakan sejawatannya di Sarawak.

“(Pengerusi GPS) Abang Johari Openg ialah jurucakap blok itu,” kata sumber itu.

Difahamkan, keputusan GRS untuk bekerjasama sebagai satu blok dengan GPS telah menimbulkan rasa kurang senang dalam PN.

Pengerusi GRS Hajiji Noor turut memimpin Bersatu Sabah.

Pada Sabtu, Abang Johari berkata, GPS akan membentuk kerajaan persekutuan bersama PN, Barisan Nasional (BN) dan GRS.

Dua hari kemudian, Hajiji mengulangi bahawa GRS menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, BN memutuskan untuk tidak menyokong PH atau PN untuk membentuk kerajaan, dengan berkata mereka akan kekal sebagai pembangkang.

Abang Johari kemudiannya berkata, GPS menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa perdana menteri selepas ini.


Komen: ..Blok ini menyokong PN, sebab Anwar tergiler nak jadi PM, hubungan sepatut baik jadi huru hara dengan pelbagai fitnah dan hasutan......




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo