NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GPS sokong gabungan PN dan BN, Muhyiddin calon PM


Gabungan Parti Sarawak hari ini mengumumkan, mereka bersetuju untuk bergabung dengan BN dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Pengerusinya Abang Johari Openg dilaporkan Bernama sebagai berkata GPS juga bersetuju untuk mencalonkan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, sebagai calon perdana menteri.
.....

PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) setuju bergabung dengan Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaan persekutuan, kata Premier Sarawak, Abang Johari Openg.

“Demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara terpelihara, maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat haruslah dibentuk dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Bernama memetik Abang Johari sebagai berkata, GPS memilih Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo