NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GPS bergabung BN, PN, GRS tubuh kerajaan

Abang Johari Openg berkata, GPS membuat keputusan itu demi mengukuh dan menstabilkan negara serta kesejahteraan rakyat.




PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) setuju bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Abang Johari Openg berkata, keputusan itu bertujuan mengukuh dan menstabilkan negara serta kesejahteraan rakyat.

“Demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara terpelihara, maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat haruslah dibentuk dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan.

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata, GPS memilih Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menterinya.

Kenyataan ini menyusul beberapa jam selepas Muhyiddin dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dilaporkan menemui Abang Johari untuk membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-15 yang menyaksikan tiada gabungan memiliki majoriti mudah.

Pakatan Harapan bersama Muda memenangi 82 kerusi Parlimen, disusuli PN (73), BN (30), GPS (22), GRS (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1) dan dua calon bebas.

Seorang pemimpin tertinggi Umno yang enggan dinamakan berkata, BN belum membuat keputusan.


Sumber I FMT Malaysia 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo