NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gol tunggal Fuller hidupkan peluang Costa Rica



DOHA:
Jaringan tunggal Keysher Fuller memastikan Costa Rica kembali bersaing merebut kedudukan dua terbaik dalam Kumpulan E, Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Jepun, 1-0 di Stadium Ahmed bin Ali, sebentar tadi.

Menjadi mangsa belasahan Sepanyol, 0-7 pada aksi pertama peringkat kumpulan, 24 November lalu, corak permainan anak didik Luis Fernando Suarez  kali ini dilihat berbeza dengan corak pertahanan yang begitu kebal hingga gagal ditembusi penyerang Jepun.

Walaupun Samurai Biru dilihat lebih banyak mendominasi 52 peratus perlawanan berbanding lawan 42 peratus, Los Ticos tetap tenang menyerap asakan lawan.

Tanpa sebarang gol pada babak pertama, corak permainan berbeza ditampilkan Jepun yang memburu kemenangan kedua selepas mengejutkan Jerman 2-1 sebelum ini untuk meloloskan diri ke pusingan seterusnya.

Fuller melakukan rembatan menarik dari luar kotak penalti yang berjaya mengegarkan gawang gol Jepun.

Ketika perlawanan bakal berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan, Fuller muncul wira buat Costa Rica selepas berjaya menewaskan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-81.

Walaupun Jepun cuba memburu gol penyamaan namun keputusan 1-0 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.

Sepanyol, Jerman dan Costa Rica kini berkongsi tiga mata namun dijangka berubah awal pagi ini apabila Jerman akan menentang Sepanyol.

Costa Rica akan menentang Jerman pada 2 Disember nanti untuk aksi terakhir peringkat kumpulan yang akan menentukan hala tuju pasukan pada kejohanan Piala Dunia 2022. -UTUSAN ONLINE.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo