KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Selangor, Jamal Yunos, menyifatkan MCA “berlagak” apabila menggesa Pengerusi BN, Zahid Hamidi, digantikan.
Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar berkata MCA patut sedar yang ia hanya menang dua kerusi pada PRU15, tetapi berkelakuan seolah-olah “abang long” dalam BN.
“Melihat perangai MCA, saya rasa BN ini perlu dibubarkan dan Umno bergerak sendirian. Tiada gunanya ada dalam komponen BN tetapi seolah-olah mereka yang jadi abang long, mereka yang besar kepala, padahal mereka tak ada apa-apa pun.
“Bertanding hanya berani di kawasan majoriti orang Melayu. Kalau berani pergilah bertanding di kawasan Seputeh, Bukit Bintang…barulah dia mewakili orang Cina.
“Jadi kalau dia pun bertanding menang dengan undi orang Melayu, jadi buat apalah MCA ini mewakili parti masyarakat Cina?” katanya kepada media di Menara Dato Onn.
Terdahulu, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon meminta Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan menggantikan Zahid, susulan pendedahan surat kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa gabungan itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10.
Katanya, MCA percaya Zahid tidak lagi layak memimpin BN dan perlu meletak jawatan sebagai pengerusi kerana mendakwa surat Zahid itu menyimpang daripada keputusan Dewan Tertinggi BN semalam.
Jamal menyifatkan kenyataan pemimpin MCA itu sebagai biadap kerana mengeluarkan kenyataan sebelah pihak, walaupun hadir setiap hari dalam mesyuarat bersama pemimpin tertinggi BN.
“Malam tadi mereka (pemimpin tertinggi BN) bertemu dan berbincang dalam mesyuarat tertinggi BN tetapi perkara itu tidak disebut tetapi hari ini dia mengeluarkan kenyataan bersendirian untuk minta presiden Umno dan pengerusi BN meletakkan jawatan.”
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment