NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gagal mengurus krisis kewangan, Anwar tak layak jadi PM, kata Hadi


TANGGA BATU:
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi perdana menteri kerana gagal menguruskan krisis ekonomi ketika menjadi menteri kewangan.

Katanya, Anwar tidak mampu menangani krisis kewangan yang menjejaskan rantau ini pada 1997 hingga 1998 sehingga memaksa Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad terpaksa mencari penyelesaian sendiri.

Justeru, beliau meminta pengundi tidak terpengaruh dengan langkah Pakatan Harapan menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri gabungan itu.

“Dulu masa PH perintah hampir dua tahun, dia (Anwar) buat apa? Janji manifesto pun dia tak buat,” katanya selepas program santai petang bersama penduduk Tangga Batu.

Mengulas kenyataan Nga Kor Ming memberi amaran pentadbiran Malaysia akan menjadi seperti “negara Taliban” jika Perikatan Nasional (PN) memenangi pilihan raya umum ke-15, Hadi menyifatkan pengerusi DAP Perak itu cetek ilmu berhubung “Taliban”.

Katanya, PAS sudah terbukti mampu menjadi kerajaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Beliau meminta rakyat tidak terpengaruh dengan hasutan DAP, sebaliknya perlu sedar agenda komunis parti itu lebih berbahaya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo