NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fikir masak-masak MCA, MIC, nanti anda akan disunat... ada lagi Cina bodoh 60 tahun merdeka


Malas aku nak ulas. Baca sendiri artikel FMT ini...

PETALING JAYA: Segelintir warganet menyuarakan pandangan di media sosial dengan memberi amaran kepada MCA – ahli Barisan Nasional (BN) – terhadap sebarang kerjasama gabungan itu bersama Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan baharu.

Seorang pengguna Facebook berkata, MCA perlu berfikir masak-masak perkara itu kerana bimbang PAS yang menganggotai PN, berkemungkinan mengenakan peraturan tegas terhadap golongan bukan Islam.

“Adakah PAS atau DAP lebih baik? Fikir dulu, tuan. Lebih baik MCA tebalkan muka dan sokong saja PH. Apa yang mungkin berlaku nanti, pengharaman Genting Highlands, bir?” katanya.

Pengguna Twitter, Shaun berkata: “MIC dan MCA, adakah anda lupa PAS dalam PN? Dan mereka begitu besar sekarang, tidak takutkah disembelih?” soalnya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Adam berkata MCA wajar bertindak dengan bermaruah dan seterusnya menyoal: “Bagaimana kamu boleh bekerjasama dengan ekstremis dalam PAS?”

MCA turut diberi amaran berkemungkinan menghadapi nasib lebih malang dalam pilihan raya seterusnya sekiranya BN bekerjasama dengan PN untuk membentuk kerajaan baharu.

“Saya turut menyoal apa pendirian MCA sekarang? Adakah mereka akan sokong PN/PAS kali ini? Kebanyakan orang Cina ketakutan selepas keputusan pilihan raya. Jika MCA tidak bersama kita, mereka akan kalah lebih teruk lagi pada masa depan,” kata seorang pengguna Facebook.

Seorang warganet berkata, Presiden MCA Wee Ka Siong mungkin tiada pilihan selain akur dengan keputusan BN untuk bekerjasama dengan PH bukannya PN, demi pengundi.

“Sejujurnya, Wee mungkin tiada pilihan selain menyokong kerjasama PH-BN. Pengundi mereka berkemungkinan marah sekiranya MCA memilih untuk menarik diri daripada BN dan bekerjasama dengan PN,” katanya.

“Jika MIC dan MCA memilih PN, saya ucapkan selamat maju jaya,” kata seorang lagi warganet.

Terdahulu, FMT melaporkan belum ada kata putus dicapai dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN bagi membincangkan kerjasama dengan gabungan lain untuk membentuk kerajaan baharu.

Pada pertemuan itu, Presiden MIC, SA Vigneswaran memberitahu wartawan, keputusan mungkin dicapai pada Selasa. Wee berkata, kepimpinan tertinggi BN sedang mempertimbangkan semua kemungkinan.

Ahli Parlimen BN bermesyuarat dengan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi di Hotel Seri Pacific, yang turut dihadiri pemimpin PH dengan wakil kedua-dua gabungan itu mengadakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan persekutuan.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo