NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fdaus Ahmad Pertikai Gaji Rafizi RM25k Sebulan Pada Usia 27 Tahun!


Kenyataan ini disokong oleh seorang “orang” HR Petronas yang bernama Sayuti Azmi. Aku telah menyemak kesahihan kedudukan Sayuti Azmi dalam Petronas. Sah, dia memang “orang” HR Petronas.

Disebabkan Rafizi suka buat declaration. Tapi declaration tanpa pembuktian tiada makna. Benda simple je. Dia yang dakwa, dia kena buktikan. Dia dakwa gaji RM25k dan dapat pampasan RM400k, maka dia kena buktikan.

Kaedah dalam Islam ada menyebutkan,
Ų§Ł„ْŲØَŁŠِّŁ†َŲ©َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŁ…ُŲÆَّŲ¹ِŁŠ،
Bukti ke atas dakwaan.

Maka untuk berlaku adil kepada kedua-dua belah pihak. Elok kiranya Rafizi Ramli buktikan sahaja dakwaan-dakwaan dia melalui dokumen-dokumen rasmi yang boleh membantu untuk membuktikan dakwaan-dakwaan dia seperti :
1. Surat lantikan/tawaran kenaikan gaji.
2. Payslip.
3. Bank statement.
4. EA form.
5. EPF statement.

Kata Fdaus Ahmad,
“kalau dia tak sembang kencang, buktikan jela. Prove it. Kalau betul, alhamdulillah. Yang sembang sekarang ni dia. Terkejut kawan-kawan aku yang tier 1 ni. Pandai? Bukan dia seorang je pandai bro..”

Apa lagi Abang Raf, buktikan Abang Raf terhebat dalam sejarah Petronas sebagaimana Abang Raf cuba buktikan Abang Raf pembangun startup yang bakal jadi unicorn dengan duduk-duduk atas bangunan saja.

Kredit : FB Alif Ahmad.

........
Saya tak nak cakap apa apa pasal gaji mamat ni yang naik tak masuk akal terutamanya di sebuah syarikat yang memang terkenal semasa zaman Hassan Merican yang tersohor dengan polisi dimana semua pekerja Petronas tak kira samada mereka adalah HR, Finance, Geologist atau Drilling Engineer, dimana gaji mereka adalah SAMA jika berada pada skala gaji yang sama.

Saya nak komen pasal 400k yang Rafizi cakap dia terima bilamana Petronas mengurangkan usia persaraan dari umur 60 tahun kepada 55 tahun.

Jumlah 400k itu teramatlah mengarut. Bayaran paling tinggi diberikan kepada pekerja yang hampir kepada usia persaraan. Kepada pekerja yang baru join Petronas, bayaran pampasan adalah pathetic (sebagai contoh, purata pampasan bagi pekerja yang berumur 26 tahun adalah RM29600 jadi pekerja dibayar pampasan sebanyak RM2960 setiap tahun selama 10 tahun) Bayaran juga dibuat oleh Petronas secara ansuran dan dibayar selama 10 tahun dan bukan 5 tahun seperti yang diceritakan oleh Rafizi.
Tawaran oleh Petronas ini dibuat pada 28 Julai 2001. Setelah selesai tawaran ini dibuat dimana 88% dari pekerja Petronas telah menerima tawaran ini, usia persaraan bagi pekerja baru adalah 55 tahun.

RAFIZI JOIN PETRONAS SEBAGAI PEKERJA PADA TAHUN 2003.


What crap is this?! Maghah Jesnita baca!
PPA rating berapa sampai kenaikan gaji 293%? Ko berjaya beli negara ke untuk company? Nak kena buat audit ke apa setiap individu yang terlibat/bertanggungjawab naikkan gaji Rafizi Ramli dalam setahun banyak tu ni? PETRONAS??

.....

Aku ok saja orang politik nak sembang apa pun, layan gitu je lah.
Tapi tadi member hantar screenshot berserta link tanya pasal statement Rafizi;
"Betui ka kat Petronas umur 27 dah boleh dapat gaji RM25,000 sebulan bro?"
Aku pun meneliti screenshot yang dia hantar dan baca terus ke sumber berita asal.

Panjang aku beristighfar.
Mula kerja gaji RM3,750, dalam masa 3 tahun boleh dapat gaji RM25,000.
EDITED: dalam tempoh 2 tahun (bukan 3 tahun)
Fuhhh!

Dalam pengetahuan aku sebagai bekas staff Petronas, setiap peningkatan gaji ni ada beberapa faktor yang syarikat consider.

1. Performance
Assuming performance dia dapat paling power dalam tempoh 3 tahun tu, iaitu PPA rating 1. Maka yearly increment waktu dulu (antara 2000-2010) adalah sekitar 10-15%.Korang kira lah berapa paling tinggi gaji dia lepas 3 tahun.

2. Kenaikan pangkat
Walaupun dia boleh jump dari senior exec ke pengurus ke pengurus kanan - dalam masa 3 tahun, setiap staff mesti melalui salary band grade yang ditetapkan. Seingat aku zaman tu tak ada lah kita boleh lompat dari gaji bawah 5k terus ke 25k dalam masa 3-4 tahun. Tapi kalau betul ada, just buktikan saja lah.

3. Kenaikan gaji + bonus

Bonus 10 bulan tu maknanya PPA rating 1. PPA paling powerr. Mungkin betul dia boleh score straight PPA 1, tapi nak lebih telus elokla employer (Petronas) verifikasikan political statement Rafizi ni sebab dia akan mengundang pelbagai spekulasi dan andaian umum.

Macam mana syarikat milik rakyat boleh bayar staff umur 27 tahun gaji sampai 25k sebulan?
Untuk memastikan statement ni betul (atau salah), kita minta Rafizi kemukakan bukti salary slip bulanan pada umur dia 27 tahun seperti yang dia bgtau.

atau,
Syarikat Petronas sendiri boleh verify statement ni demi membetulkan persepsi dan tanggapan masyarakat.

Ya ini hanyalah sebuah persoalan, bukan tuduhan nanti dia samaannn pulak.
Sekian.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo