KUALA LUMPUR – “Selamat datang ke Kluster Mahkamah"Anwar dan Mat Sabu hebat kempen kononnya nak tolak Kluster Mahkamah tapi mereka sendiri calonkan orang yang ada kes untuk bertanding.
PH cakap berapi-api tahi ekor bergelumang tahi.
Dalam hantaran itu, katanya, perbicaraan ke atas Muhammad Faiz bermula pada 6 Disember 2022 di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Muhammad Faiz, 45, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan melakukan serangan seksual bagi mencabul kehormatan seorang jurujual wanita.
Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun, antara jam 9.45 dan 11.30 malam, pada 8 Mac 2021
Dia dituduh melakukan kesalahan itu ketika berada dalam sebuah kereta dari pusat beli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu. – MalaysiaGazette
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
kan diaorang boleh lantik AG yg boleh gugurkan semua pertuduhan
ReplyDelete