KOTA BHARU: Perarakan calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi kerusi parlimen Pengkalan Chepa dimulakan solat hajat yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa.
Selepas itu calon Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan penyokong berarak ke pusat penamaan calon di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu yang terletak tidak jauh dari Putik.
Perarakan menuju ke Pusat Penamaan Calopn bermula jam 8.35 pagi yang turut disertai Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah dan pimpinan lain.
Calon PAS agak beruntung memandangkan kedudukan Putik yang berdekatan dengan IPG. Lebih 1,000 penyokong PAS memgiringi perarakan calon PN yang diwakili PAS.
Ahmad Marzuk kemudian diiring pencadang peguam Nik Bahrum Nik Abdullah penyokong Anwar Ab Halim menyerah boring pencalonan pada jam 9.05 pagi.
Di PASIR MAS, perarakan PN calon sejauh 500 meter dari Majlis Tindakan DUN (MTD) Tendong ke Pusat Penamaan Calon di Kolej Vokasional Bunut Susu.
Hadir sama mengiringi calon PN Parlimen Pasir Mas Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Dato’ Hanifa Ahmad, timbalannya Dato’ Mohd Nassuruddin Daud yang juga anggota Exco datang menggunakan kerusi roda.
Turut hadir Adun Tendong Rozi Muhamad dan pimpinan PAS Kawasan.
Di RANTAU PANJANG calon PN Kawasan parlimen berkenaan Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff tiba jam 8.57 pagi di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas di Bandar Baharu Apam Putra.
Proses penamaan calon berlangsung dalam suasana aman dan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini setakat ini.
Tinjauan Harakah di lokasi pusat penamaan calon di sini juga mendapati semua penyokong parti mematuhi undang-undang yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihanr Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Masing-masing penyokong kelihatan begitu bersemangat memberi sokongan kepada calon yang bakal bertanding, malah turut kedengaran laungan ‘Allahuakbar’ serta selawat.
Bagaimanapun, keadaan cuaca di kawasan Pusat Penamaan Calon P.023 Parlimen Rantau Panjang di sini kelihatan mendung selepas hujan awal pagi tadi. – HARAKAHDAILY 5/11/2022
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment