NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

England gagal raih kemenangan, diikat AS 0-0


AL KHOR
, Qatar, England gagal mengutip mata penuh dalam perlawanan kedua di Piala Dunia 2022 selepas diikat seri 0-0 dengan Amerika Syarikat (AS) dalam aksi Kumpulan B sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, skuad muda AS dilihat lebih menyerlah namun, penyudah yang lemah serta beberapa peluang disia-siakan menyaksikan mereka sekadar seri 0-0 di Stadium Al Bayt.

England, yang menurunkan skuad sama ketika kemenangan 6-2 ke atas Iran, sepatutnya mampu mengesahkan kelayakan ke pusingan kalah mati, tetapi gagal menguasai lawan mereka yang tampil lebih baik.

Peluang terbaik AS hadir menerusi Christian Pulisic yang berjaya menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford, tetapi rembatan derasnya terkena palang.

Peluang terbaik England untuk memecah kebuntuan ialah menerusi Mason Mount sejurus sebelum rehat, namun penjaga gol AS, Matt Turner menafikan percubaannya.

Jentera hadapan England pada perlawanan itu seakan-akan tidak berfungsi dan nampak berbeza jika dibandingkan ketika mereka membelasah Iran pada perlawanan pembukaan.

Keputusan seri itu menyaksikan skuad kendalian Gareth Southgate terpaksa akur mengutip satu mata dan mengumpul empat mata untuk memimpin Kumpulan B.-AGENSI







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo