NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Enam kakitangan pasar raya Walmart maut tembakan rambang rakan sekerja


CHESAPEAKE, VIRGINIA:
Ketua petugas syif malam pasar raya Walmart, di sini, melepaskan tembakan rambang dan membunuh enam rakan sekerja dalam sebuah bilik ketika berkumpul untuk taklimat harian, malam kelmarin.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Andre Bing, 31 yang sudah bekerja di pasar raya itu sejak 2010 membunuh diri selepas melakukan serangan itu.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah Brian Pendleton, 38; Kellie Pyle, 52; Lorenzo Gamble, 43; dan Randy Blevins, 70, dari Chesapeake manakala Tyneka Johnson, 22, dari Portsmouth dan seorang remaja berusia 16 tahun.

Ketika ini punca kejadian masih disiasat dan polis tidak mengesan suspek lain yang terbabit dalam insiden tembakan berprofil tinggi kedua yang berlaku di negara itu.

Suspek dikatakan melakukan serangan tersebut menggunakan sepucuk pistol dan polis berkata enam lagi cedera dalam serangan itu.

Suspek, Andre Bing, 31, yang melakukan tembakan rambang di pasar raya Walmart di Chesapeake, Virgina. - Foto REUTERS
Suspek, Andre Bing, 31, yang melakukan tembakan rambang di pasar raya Walmart di Chesapeake, Virgina. - Foto REUTERS

Seorang pekerja melihat mangsa yang ditembak 'rebah' satu persatu ketika penyerang melepaskan tembakan secara rambang, dengan suspek juga dikatakan langsung tidak bercakap.

"Dia hanya melepaskan tembakan tanpa ada sasaran di seluruh bilik itu. Tidak ada sasaran. Dia tidak berkata apa-apa dan tidak memandang kepada sesiapa pun secara khusus.

"Semuanya berlaku begitu pantas. Saya bernasib baik dan saya lihat rakan saya yang lain rebah selepas terkena tembakan... sungguh mengerikan," kata seorang pekerja Walmart, Briana Tyler.

Polis berkata, tiga daripada yang maut termasuk Bing, ditemui di bilik rehat manakala seorang lagi mangsa berhampiran bahagian hadapan premis dan tiga lagi dibawa ke hospital berhampiran sebelum meninggal dunia.

Polis berkata kejadian berlaku selepas jam 10 malam ketika pembeli sedang membeli belah menjelang cuti Hari Kesyukuran.

Poli juga percaya terdapat kira-kira 50 kakitangan dan pengunjung berada di dalam pasar raya ketika insiden berkenaan.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dalam ciapan di Twitter berkata, dia dan isteri mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa

"Kami berkabung untuk mereka yang akan mempunyai tempat duduk kosong di meja Kesyukuran mereka kerana peristiwa tragis ini - kita mesti mengambil tindakan yang lebih besar."

"Kini terdapat lebih banyak keluarga yang mengetahui jenis kehilangan dan kesakitan yang paling teruk yang boleh dibayangkan," kata Biden. - AP







Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo