NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Enam GRO wanita asing ditahan di pusat hiburan haram


KUALA LUMPUR –
Sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram digempur polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasilnya, enam wanita warga asing yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) diberkas dalam Op Noda.

Katanya, semalam, satu serbuan telah dilakukan pihaknya dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ke atas pusat hiburan tidak berlesen itu yang terletak di Taman Usahawan Kepong.

“Hasil dari serbuan yang dijalankan pihak polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 28 tahun yang merupakan penjaga premis tersebut.

“Pemeriksaan lanjut juga berjaya membawa kepada tangkapan enam wanita warga asing berusia antara 28 hingga 37 tahun yang dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Eng Lai, siasatan lanjut pasukan polis di tempat kejadian mendapati premis tersebut telah digunakan sebagai pusat hiburan dan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa peralatan audio yang digunakan bagi tujuan hiburan dan sekeping resit perniagaan oleh premis berkenaan yang mula beroperasi sejak dua bulan lalu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen perniagaan yang sah.

“Justeru, kesemua enam wanita warga asing yang ditahan itu turut disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggajikan warga asing tanpa permit yang sah dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen kerana kesalahan menyalahgunakan pas lawatan.





........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo