NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Selangor lulus Enakmen Anti Lompat Parti


SHAH ALAM -
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2022 bagi membolehkan Enakmen Anti Lompat Parti dilaksanakan di negeri itu.

Usul pindaan itu dibawa oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari semalam dan mendapat sokongan sebulat suara Ahli Dewan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Selangor ke-14 di sini.

Ketika menggulung RUU itu, beliau berkata, tujuan pindaan dilaksanakan adalah bagi memastikan Enakmen Anti Lompat Parti sekata dan selaras dengan apa yang telah diputuskan di Parlimen sebelum ini.

Ini supaya tidak ada pertembungan dengan apa yang diputuskan di peringkat Persekutuan dan dengan adanya pindaan ini, keadaan (politik negeri) terjamin dengan rakyat dapat memilih individu daripada parti tertentu dan pemimpin perlu bertanggungjawab terhadap ruang yang diberikan oleh rakyat,” katanya.

Semalam, Amirudin berkata pindaan itu dilaksana selaras dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang berkuat kuasa 5 Okt lepas.

Akta itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 31 Ogos dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 September lepas.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim pula berkata, kelulusan enakmen itu menjadi jaminan supaya wakil rakyat bersikap lebih setia kepada parti dan bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan.

"Rakyat memilih jadi mereka perlu perjuangkan demi rakyat. Pada masa sama, Enakmen Anti Lompat Parti ini menjamin kestabilan politik.

"Usul itu yang dibawa semalam oleh Menteri Besar dibahaskan oleh lebih 15 wakil rakyat,” katanya kepada pemberita di Bangunan Annex DUN Selangor di sini.

Persidangan DUN Selangor ditangguhkan sehingga 3 petang esok. - Bernama







Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo