NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Kelantan lulus Enakmen Anti Lompat Parti

Nik Amar ketika menggulung RUU Tubuh Kerajaan Negeri (pindaan) 2022 berkaitan Enakmen Anti Lompat Parti pada Persidangan DUN (Belanjawan) Ketiga Penggal Kelima di Kota Darul Naim, Kota Bharu pada Ahad.


KOTA BHARU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (pindaan) 2022 bagi membolehkan pelaksanaan Enakmen Anti Lompat Parti di negeri ini, pada Ahad.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membawakan usul pindaan tersebut dan disokong sebulat suara oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di persidangan DUN itu tanpa dibahaskan.

“Tujuan pindaan dilaksanakan bagi memastikan Enakmen Anti Lompat Parti sekata dan selaras seperti yang diputuskan di Parlimen sebelum ini,” katanya ketika menggulung RUU itu pada Persidangan DUN (Belanjawan) Ketiga Penggal Kelima di Kota Darul Naim di sini.

Dalam pada itu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, pindaan itu dilaksanakan selaras dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkait peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang berkuat kuasa 5 Oktober lalu.

Akta tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 31 Ogos lalu dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 September lalu.

Akta dikuatkuasakan di Parlimen bagi menguatkan lagi sistem demokrasi dan memastikan pentadbiran yang stabil.

Akta tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 31 Ogos lalu dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 September lalu.

Akta dikuatkuasakan di Parlimen bagi menguatkan lagi sistem demokrasi dan memastikan pentadbiran yang stabil.

Persidangan DUN Kelantan bersambung semula pada Selasa.


Sumber I Sinar Harian 







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo