NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dulu setiap kali PRU bendera BN tak boleh dikalahkan... sekarang Zahid berdalih


Sebelum ini setiap kali pilihanraya, bendera UMNO ada dimerata tempat. Pondok buruk, jadi kain basahan dan sebagainya kerana terlalu banyak bendera. Yang memasang bendera UMNO juga ramai termasuk budak sekolah. Sekarang orang nak sentuh bendera UMNO rasa jijik. Yang nak pasang bendera UMNO pun tak ada.

Tapi zahid kata itu bukan ukuran. Memang bukan ukuran bagi mereka yang telah tak ada dihati rakyat


......
Zahid: Jumlah bendera bukan penanda aras sokongan pengundi

Jumlah bendera atau kain rentang yang dipasang sepanjang empat hari pertama kempen PRU-15 setakat ini tidak menggambarkan sokongan kepada mana-mana parti di sesuatu kawasan, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.


Utusan memetik Zahid berkata, bendera dan sepanduk seperti itu kebanyakannya dipasang oleh pekerja upahan, bukannya penyokong atau ahli parti.

“Bendera itu dipasang oleh pekerja-pekerja upahan, siang mereka pakai baju BN, petang pakai baju PH (Pakatan Harapan), malam pakai baju PN (Perikatan Nasional), orang yang sama.

“Jadi, jangan jadikan bilangan bendera sebagai penanda aras sokongan (terutama di Bagan Datuk), sebab bendera itu dipasang pekerja upahan,” katanya pada sidang media di Bagan Datuk hari ini.

Dia sebelum itu diminta mengulas mengenai 'perang bendera' terutama di Bagan Datuk yang menyaksikan banyak bendera PN dan PH dinaikkan di banyak tempat.

Difahamkan, di beberapa kawasan di Perak juga lebih banyak bendera PN dipasang di tempat yang lebih kelihatan berbanding bendera BN.

Presiden Umno itu bagaimanapun kemudian menegaskan di Bagan Datuk, pihaknya akan 'membanjiri' kawasan itu dengan bendera, papan tanda, kain rentang dan poster BN dalam beberapa hari lagi sebagai tanda parti itu mendapat sokongan rakyat setempat.

"Ia kerana yang menyaingi saya ialah calon daripada luar Bagan Datuk dan luar Perak, orang Bagan Datuk terutama pengundi mahukan anak tempatan yang mengetahui cita rasa dan apa yang diperlukan oleh rakyat di sini terutama daripada segi pembangunan,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo