PH ni cakap sekali macam tu, sekali macam ni. Memang jenis kencing merata-rata. Tak percaya baca di bawah
Di tengah-tengah serangan bertubi-tubi terhadap kerajaan baru, Pengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung mencadangkan penguatkuasaan undang-undang terhadap ucapan kebencian di negara itu.
Menurutnya, akta itu harus terpakai kepada semua ahli politik yang menyebarkan kebenciantanpa mengira parti.
"Mereka ini akan dikenakan tindakan sekiranya mengeluarkan kenyataan yang bersifat menabur kebencian tanpa asas.
"Tiada sebuah negara pun di dunia yang berjaya membangun sebagai negara maju dengan memainkan sentimen sahaja," katanya pada satu kenyataan hari ini, sambil menjelaskan ahli politik sepatutnya diamanahkan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Lee mengakui kritikan dalam politik bukanlah perkara baru, namun katanya tuduhan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika ini mendekati kebencian dan perlu ditangani sewajarnya.
Lee mendakwa fitnah, seperti Anwar ejen Yahudi, tidak akan berlaku sekiranya Perikatan Nasional/ PAS menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
"Ianya digunakan untuk menutup mata segelintir rakyat sehingga mereka lupakan isu-isu asas seperti peluang pekerjaan, ekonomi rakyat, harga barang, kemudahan awam, pendidikan dan rawatan kesihatan.
"Apabila gabungan politik yang memainkan sentimen tidak membuat kerja dan rakyat jadi makin miskin, dengan mudahnya mereka boleh mengalih perhatian rakyat dengan memainkan muzik politik sentimen.
"Bahayanya apabila politik sentimen yang dimainkan oleh PN/ PAS ini berlarutan, ianya akan menjejaskan kepercayaan di kalangan anggota masyarakat, dan tidak membantu kita terus berpadu dan fokus kepada dasar pembangunan ekonomi dan kebahagiaan rakyat," kata Lee.
"Saya mendokong penggubalan Akta Anti Kebencian seperti yang telah dilaksanakan di negara-negara lain,” tambahnya.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment