NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Zulkifli mengatakan ada penasihat jahat dalam PH, minta Anwar berhati-hati



SHAH ALAM -
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhati-hati dengan penasihat yang jahat (bitanah al-su’).

Ini kerana menurut Zulkifli, golongan berkenaan mampu menaikkan serta menjatuhkan Perdana Menteri ke-10 itu.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu turut mengingatkan Malaysia adalah negara umat Islam dihormati dunia, justeru hargai pengorbanan dan perjuangan generasi terdahulu yang mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

“Andalah penerus dan penentunya. Peliharalah Islam di tanah air ini dengan sepenuh jiwa raga,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Ujarnya, sebagaimana Perdana Menteri sebelumnya bermula dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau juga telah menyampaikan nasihat yang sesuai kepada mereka dari semasa ke semasa untuk pedoman.

"Moga-moga ALLAH SWT menjadi saksi akan tertunainya tanggungjawab saya di hadapan para pemimpin. Tidaklah saya menasihati melainkan atas dasar rasa kasih kepada negara, agama dan bangsa," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Majlis Raja-Raja atas hikmah dan kebijaksanaan memutuskan kemelut pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Kepada yang belum berjaya, ia bukanlah penamat segala-galanya. Insya-ALLAH ada takdir yang lebih baik untuk mereka yang terus bersabar, ikhlas dan istiqamah. Malaysia tak akan berjaya tanpa pembangkang yang melakukan semak dan imbang dengan teliti.

“Kepada rakyat Malaysia, semua bangsa dan agama, inilah yang telah kita lalui pada PRU15 yang lalu. Tarik nafas dan terima apa jua keputusan dengan lapang dada.

"Menang tidak megah, kalah tidak rebah. Hentikan budaya memaki hamun antara satu sama lain. Usah jadikan masa ini untuk ‘membalas dendam’,” katanya.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo