NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Radzi Jidin kalahkan Ku Nan di Putrajaya

Kuala Lumpur: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berjaya merampas Parlimen Putrajaya daripada penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan yang menyandang parlimen itu selama empat penggal tewas dengan majoriti 2,310 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Radzi mewakili Perikatan Nasional (PN) memperoleh 16,002 undi manakala Tengku Adnan mendapat 13,692 undi.

Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (Pakatan Harapan) memperoleh 5,988 undi; Datuk Mohd Rosli Ramli (Parti Pejuang Tanah Air) mendapat 878 undi dan dua calon Bebas iaitu Lim Fice Bee (20 undi) dan Samsudin Mohamad Fauzi (63 undi).



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo