Pengerusi DHPP, N Balasubramaniam (dua dari kanan) bersama calon PAS Parlimen Jerantut dan penyokong lain ketika penamaan calon. |
PETALING JAYA: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) diberi satu kerusi Parlimen dan tiga DUN untuk ditandingi pada PRU15.
Jumlah itu jauh berbeza berbanding tiga kerusi Parlimen dan 13 DUN yang diminta sayap penyokong bukan Islam PAS itu.
Pengerusi DHPP, N Balasubramaniam berkata, calon sayap itu bertanding di Parlimen Bukit Mertajam di Pulau Pinang dan DUN Jelapang, Sungkai, dan Pasir Bedamar di Perak.
DHPP menerima keputusan itu atas prinsip setiakawan dan sedar peluang calonnya.
“Kami faham dengan kekangan parti terutama tuntutan rakan Perikatan Nasional. Bersatu dan Gerakan juga ramai calon bukan Islam.
“Kami menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan akan terus berkempen untuk PAS,” katanya kepada FMT.
DHPP tidak mendesak diberi kerusi tetapi meminta kerusi tertentu.
Tambahnya, permintaan terhadap kerusi daripada semua parti terlalu tinggi dan tidak pernah disaksikan pada PRU sebelum ini. Keadaan itu menyebabkan DHPP menerima kerusi yang ditawarkan dan berusaha keras walaupun diberi “kerusi yang sangat sukar”.
Calon DHPP di Bukit Mertajam, Koh Tien Yew akan berdepan Steven Sim daripada DAP, dan Tan Yang Pang daripada MCA.
Di DUN Sungai, G Thilak Raj berdepan A Sivanesan daripada DAP, Mahhadee Ramlee (bebas) dan V Elango (MIC).
Di DUN Jelapang, calon DHPP, S Navinten akan menentang Hamidah Muhamad (Makkal Sakthi) dan penyandang kerusi itu, Cheah Pou Hian daripada DAP.
S Surianarayanan akan berdepan Woo Kah Leong daripada DAP dan Kong Sun Chin (MCA) untuk merebut kerusi DUN Pasir Bedamar.
Balasubramaniam berkata, PAS menunjukkan keikhlasan dengan menawarkan jawatan senator kepada sayap itu dua tahun lalu.
Beliau juga berharap, lebih ramai ahli DHPP dilantik sebagai senator pada masa akan datang. Balasubramaniam dilantik sebagai senator pada 2020.
Sumber I FMT Malaysia
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment