NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dewan Tertinggi BN tak pernah bincang pembentukan kerajaan Perak – Ka Siong


KUALA LUMPUR –
Presiden MCA berkata, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) tidak pernah pernah berbincang tentang gabungan dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk Kerajaan Perak.

Malahan, selepas PRU15, mesyuarat Dewan Tertinggi BN masih belum lagi diadakan setakat waktu ini.

”Saya sebagai Presiden MCA & Naib Pengerusi Barisan Nasional tidak pernah dirujuk atau dimaklumkan langsung.

”Entah dari mana keputusan itu dicapai! Dewan Tertinggi BN diketepikan,” katanya dengan meletakkan emoji kecewa.

Lebih mengecewakannya apabila , Pengerusi DAP Lim Guan Eng pula menyokong PH bergabung dengan BN untuk membentuk kerajaan!

Dalam hantaran terdahulu, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, semua Ahli Parlimen BN menghadiri perjumpaan dengan pengerusi parti komponen itu pagi tadi.

Katanya, beliau menerima notis melalui aplikasi WhatsApp daripada Setiausaha Kerja BN pada jam 11.23 malam tadi yang memaklumkan perjumpaan hari ini hanya melibatkan Ahli-Ahli Parlimen BN.

Tetapi beliau terkilan apabila sebaik saja tiba di Seri Pacific Hotel, pemimpin-pemimpin PH turut hadir dalam perjumpaan tersebut.

”Saya tidak tahu samada ianya telah pun diatur terlebih awal atau pun satu kebetulan. Perlu ditegaskan tiada sebarang perjumpaan di antara Ahli Parlimen BN dan wakil PH berlangsung ketika saya berada di Seri Pacific Hotel dari 10 pagi hingga 12 tengahari.

”Apa yang pasti, saya hanya menghadiri perjumpaan bersama Pengerusi BN dengan semua Ahli Parlimen BN sahaja.

”Selepas perjumpaan dan sidang media bersurai, saya tidak terlibat dalam mana-mana perbincangan, pertemuan sama ada kebetulan atau tidak dengan pemimpin-pemimpin PH.

”Apa jua keputusan yang dibuat oleh BN perlu mendapat persetujuan dan mandat daripada Dewan Tertinggi BN,” ujarnya. – MalaysiaGazette




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo