NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dekat 2 minggu diam, bertafakur sebelum ambil keputusan undur diri jadi calon


Nik Abduh Nik Abdul Aziz memberitahu memang dia yang membuat keputusan enggan mempertahankan kerusi parlimen Bachok, sekali gus menafikan dia diketepikan partinya.

Kata bekas ketua Pemuda PAS Pusat itu menyatakan kali pertama dia memberi gambaran untuk tidak mahu lagi dicalonkan ialah beberapa bulan lalu.

Pengumuman di Bachok itu, katanya, turut menyebabkan sebahagian jentera parti di situ berasa terkilan namun dia dapat memahaminya.

"Apabila parlimen dibubarkan, saya mengambil masa hampir dua minggu untuk diam dan bertafakur, memohon jawaban daripada Allah. Ia keputusan yang berat dan mestilah gagah.

"Apabila saya sudah tenang dan pasti, saya jumpa dan menyatakan hasrat kepada bonda saya. Syukur, bonda memahami dan akur. Tanpa izinnya, saya tidak akan melangkah lebih," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Abduh merupakan salah seorang pemimpin yang popular dalam kalangan PAS dan pernah mengumpul undi tertinggi dalam pemilihan parti itu untuk penggal 2017-2019.

Bagaimanapun dalam pemilihan tahun lalu dia gagal mendapat undi mencukupi bagi menduduki jawatankuasa pusat PAS. Turut gagal ketika itu ialah bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Khairuddin Aman Razali.

Namun kedua-duanya dibawa masuk ke badan tersebut secara lantikan.

Sebelum bertanding di Bachok pada 2018, Nik Abduh dicalonkan - dan menang - di kerusi Pasir Mas pada 2013.

Kali ini PAS-PN memilih Setiausaha Politik Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman, sebagai calon mereka di Bachok.

Menurut Nik Abduh dia juga bergegas menemui pemimpin PAS di peringkat kawasan dan negeri apabila mendapati ada tanda-tanda dia akan dipilih semula di Bachok.

"Apabila saya sudah memperolehi keyakinan bahawa permintaan saya diterima, terjadilah 'kejadian' saya memilih menukar gambar profil di Facebook.

"Ia suka-suka saja tanda berakhirnya tugas saya sebagai wakil rakyat," katanya.

Nik Abduh menjelaskan dia tidak menyangka tindakan tersebut menarik minat pelbagai pihak.

"Garu kepala saya dibuatnya. Kamu ni macam-macamlah haha," katanya lagi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo