PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ewon Benedick merampas kerusi Parlimen Penampang dengan kemenangan 14,410 majoriti undi.
Keputusan rasmi menyaksikan beliau menewaskan calon Parti Warisan yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Darell Leiking dalam pertembungan empat penjuru.
Ewon menerima 29,066 undi manakala Darell mendapat 14,656 undi. Dua lagi calon iaitu Kenny Chua Teck Ho (Gabungan Rakyat Sabah) dan Richard Jimmy (bebas) masing-masing menerima 6,719 dan 289 undi.
Peratus keluar mengundi untuk kerusi tersebut ialah 65.70 peratus dengan 50,730 undi dikira berbanding 77,214 pengundi berdaftar. – UTUSAN
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment