NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP Pahang setuju jalin kerjasama dengan BN, tunggu keputusan pimpinan PH pusat - Leong Ngah Ngah


KUANTAN:
Pakatan Harapan (PH) Pahang bersetuju menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) Pahang bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah mengesahkan perkara itu pada Isnin.

"Ya, PH Pahang bersetuju untuk kerjasama dengan BN Pahang, tetapi kami menunggu keputusan rasmi daripada pimpinan pusat," jelasnya secara ringkas.

PRU15 menyaksikan BN memperoleh 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PH hanya memperoleh lapan kerusi.

Bagaimanapun Perikatan Nasional (PN) memperoleh 17 daripada 42 kerusi DUN di negeri itu.

Ketika ini, satu kerusi DUN di Tioman akan dijalankan proses pengundian pada 7 Disember depan susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli pada awal pagi Sabtu.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo