NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP beri mandat Anwar jadi PM tanpa syarat - Adakah termasuk gabungan dengan BN?



DAP mengeluarkan kenyataan akan menjadi Anwar sebagai PM tanpa syarat. Adakah ini bermakna DAP telah tahu akan kerjasama PH-BN? Mungkin ini alasan DAP menanti terpaksa menerima cara Anwar jadi PM walaupun bergabung dengan 'konon'nya musuh DAP, BN/UMNO? Matlamat DAP mengambil kesempatan daripada Anwar sebagai DAP mengambil kesempatan daripada Mahathir atas bilangan MP yang mereka menangi. Apa pun kedudukan. atau apapun bentuk kerajaan selepas PRU15 DAP mendapat untuk termasuk bergabung dengan musuh tradisinya UMNO. DAP memang hebat kerana mereka telah mula dengan memperbanyakkan calon Melayu bagi mendapat kesempatan lebih bila bentuk kerajaan selepas PRU15 nanti. Mengundi PH, mengundi BN sebenarnya memberikan peluang baik untuk DAP.

Dalam ceramah DAP akan berkata Melayu tak percaya kepada UMNO, tapi hakikatnya DAP menaruh harapan untuk PH-BN bergabung bentuk kerajaan.



DAP beri mandat Anwar jadi PM tanpa syarat

TAMPIN: DAP memberi jaminan sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), semua Ahli Parlimen DAP akan memberi mandat sepenuhnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP juga tidak akan meletakkan apa-apa syarat dan soal rundingan kerusi dalam kabinet hanya akan dibincangkan selepas itu.

"Pada 19 November, apabila kita menang kerusi ke-112, tanpa persoalan, semua Ahli Parlimen DAP akan beri mandat sepenuhnya kepada Anwar untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

"Saya sudah menyatakan komitmen kita sebelum Anwar mengangkat sumpah lagi.

"Bagaimana kerajaan dibentuk kita bagi mandat kepada kebijaksanaan beliau untuk mentadbir. Itu komitmen saya sebagai Setiausaha Agung," katanya ketika berucap pada majlis Jelajah Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah di sini pada Isnin.

Ujarnya, Anwar mampu menjadi Perdana Menteri yang terbaik kerana beliau merupakan tokoh politik yang berpengalaman. - Sinar Harian



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo