KUALA LUMPUR, 15 November 2022 – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan bahawa dakwaan berkenaan isu anggota tentera dibayar untuk membuat undi awal adalah keterlaluan.
“Sepanjang saya berkhidmat bersama PDRM, tidak ada pula saya dibayar oleh mana-mana individu untuk undi awal atau pos.”
Oleh itu, individu tertentu mendakwa terdapat anggota pasukan keselamatan dibayar adalah tidak wajar, selain ia boleh mengganggu ketenteraman awam sehingga menjatuhkan integriti dan maruah pengundi awal itu sendiri.
“Pengundian awal dibuat bagi memberi laluan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terpaksa bertugas untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.”
Tambah beliau, bagi anggota keselamatan yang tidak dapat mengundi pada hari pengundian awal seperti tarikh ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melakukan undian secara pos.
Malah, jelas beliau, ketika proses undian dilakukan, kertas undi akan dimasukkan ke dalam sampul surat khas yang kemudian digam sebelum dikumpulkan dalam beg khas dan diserahkan kepada SPR.
Justeru, Tan Sri Musa Hassan menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dakwaan seperti itu bagi memastikan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak tercemar dengan pelbagai persepsi.
Sebelum ini, portal tempatan melaporkan berkenaan kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mendakwa bahawa ada anggota tentera khususnya dalam kawasan Parlimen Bera di Pahang sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
“Saya dapat maklumat sahih bahawa anggota tentera, undi pos telah mula mengundi pagi ini, (dan ia) melanggar peraturan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), terutama untuk (kawasan) Parlimen Bera dan (mereka) dibayar RM300.”
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment