KUALA LUMPUR – Selesai sahaja pembentukan Kerajaan Perpaduan dan angkat sumpah Perdana Menteri ke-10 terdengar pula situasi kurang enak yang berlaku dalam Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang berlangsung malam kelmarin.
Seorang ahli MKT, Datuk Khaidirah Abu Zahar memberitahu, dalam mesyuarat akhir MKT sebelum Umno membuat pilihan sama ada memilih bersama Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN), terdapat suara-suara sumbang di kalangan ahli yang sudah mula memperlekehkan orang Melayu.
“Masih terngiang-ngiang di telinga, jelas di mata, suara-suara pemimpin Umno yang memperlekehkan kepentingan orang Melayu Islam di Malaysia ini dalam mesyuarat MKT semalam.
“Tak perlu dah jaga org Melayu ni. All this are bullshit,” imbas ADUN Rim itu dalam catatan di Facebooknya.
Dalam mesyuarat MKT itu, Umno memuktamadkan keputusan menyokong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan seperti dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tetapi bukan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu turut mengambil maklum dan memperhalusi setiap butiran kedua-dua perbincangan dijalankan Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional (BN) bersama PH dan PN.
Susulan keputusan berkenaan, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama gabungan induk BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
......https://suara.tv
Komen: ..UMNO jenis makan kedarah wang haram mana ada hati perut
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment