NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cucu tanya Muhyiddin, parti tok ayah apa?


Ketika mengajak anak muda khususnya mereka yang pertama kali akan mengundi pada pilihan raya umum kali ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengambil contoh mengetahuan cucunya sendiri yang perlu dibimbing untuk mengundi parti yang mana.

Menurut bekas perdana menteri itu, cucunya bernama Suraya berusia 20 tahun sedang belajar di luar negeri dan akan mengundi buat kali pertama.

"Saya ada cucu usia 20 tahun, belajar di luar negeri. Baru-baru ini kami dalam keluarga ada family chat, satu perkara kami bincang soal nak pilihan raya.

"Kami beritahu Suraya pilihan raya di Malaysia akan tiba, awak nak undi siapa? Dia tak jawab, 20 tahun usia dia, mak dia bagitahu mesti sokong parti tok ayah. Saya dipanggil tok ayah, orang panggil saya abah, cucu panggil tok ayah.

"Jadi mak dia kata sokong parti yang dipimpin oleh tok ayah, jangan sokong parti sebelah sana, mana dia faham.

"Dia tanya parti tok ayah apa? Dia tak tahu, saya pun masukkan gambar saya dengan logo PN dan tanda pangkah. Saya letak di situ baru dia faham. Tapi dia belum mengundi lagi, dia akan mengundi di luar negara," katanya ketika tampil dalam program ceramah umum PN Best di Pendang, Kedah, malam tadi.

Dia berkata demikian ketika meminta supaya golongan ibu bapa memberi bimbingan untuk mengundi kepada anak-anak atau cucu yang tidak mengikuti perkembangan politik negara.

Hadir sama Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan calon PN bagi Parlimen Pendang, Awang Hashim yang juga penyandang kerusi tersebut.

Sementara itu Muhyiddin berkata, kisah cucunya Suraya itu adalah contoh kemungkinan besar generasi muda lepasan sekolah atau sedang belajar di universiti tidak mengikuti perkembangan politik negara.

"Kemungkinan besar anak cucu kita usia 18 tahun tak mengikuti politik apa yang yang berlaku dalam negara. Bukan dia tak pandai, dia baru habis sekolah atau masuk tingkatan enam atau universiti tetapi tidak mengikuti perkembangan politik.

"(Mereka) Sekarang sudah ada hak untuk mengundi. Biasanya mereka akan tanya mak atau ayah, tetapi kita juga nak kena bagitahu mak ayah supaya bagitahu anak agar sokong PN," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo