NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Che Abdullah ditentang empat calon di Tumpat


TUMPAT -
Calon BN, Datuk Che Abdullah Mat Nawi bakal berdepan tentangan sengit daripada empat calon dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Tumpat yang dimenanginya atas tiket Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Empat calon tersebut ialah, Datuk Mumtaz Md Nawi, Perikatan Nasional (PN), Che Muhammad Aseri Che Ali, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Wan Johari Wan Omar, Pakatan Harapan (PH) dan Khairul Azuan Kamarrudin (Warisan).

Kesemua calon Parlimen Tumpat itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Rusydee Abdullah di pusat penamaan calon Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, pada Sabtu.

Pengumuman tersebut dibuat pada jam 11 pagi sambil diiringi oleh laungan dari kesemua jentera parti yang bertanding.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi akan menggunakan peluang yang diberikan BN untuk menebus maruahnya selepas mendakwa beliau difitnah.

Che Abdullah turut mendakwa, fitnah berat itu menyebabkan ada dalam kalangan pimpinan Pas yang menyebut menjadi satu dosa jika memberikan sokongan kepada beliau.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo