NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cendawan Makkah banyak kelebihan, mampu rawat diabetes? Ini penjelasan pakar


SEBUT
sahaja cendawan Makkah pasti anda membayangkan air seperti teh yang dengan gabungan rasa masam dan manis.

Meskipun dipanggil cendawan namun ia bukanlah dalam kategori kulat sebaliknya kelihatan seperti obor-obor yang mempunyai tekstur sedikit keras.

Sesetengah individu mengenalinya dengan nama mud-mud, ibu som dan teh kombucha.

Namun dalam bahasa saintifik ia dikenali sebagai scoby iaitu singkatan daripada symbiotic culture of bacteria and yeast.

Walau apa pun nama atau gelarannya, cendawan Makkah ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan dikatakan mampu membantu merawat beberapa jenis penyakit kerana kandungan bakteria di dalamnya.

Menurut Pakar Mikrobial dan Biokimia Polisakarida Tumbuhan, Dr Babul Airianah Othman, scoby merupakan bahan yang terbentuk daripada bakteria dan yis.

"Ramai yang panggil cendawan tapi ia bukanlah cendawan sebenar sebaliknya berasal dari teh manis yang dibiarkan lama... kandungan dalam teh ini adalah bakteria dan yis.

Ia terhasil daripada kandungan yis dan bakteria.

Ia terhasil daripada kandungan yis dan bakteria.

"Yis akan guna gula dalam teh dan tukarkannya kepada gula ringkas, etanol (alkohol) dan gas karbon dioksida manakala bakteria yang ada pula akan menggunakan kandungan dari yis tadi dan membentuk asid lain atau cuka," jelasnya tentang komposisi yang terdapat di dalam scoby.

Disebabkan itu, jelasnya yang juga pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), rasa kombucha adalah manis, bergas dan masam.

Selain itu, katanya, terdapat sebahagian daripada keluarga bakteria yang dipanggil X, membentuk lapisan selulosa yang kelihatan seperti jeli keras pada atas scoby.

"Ia adalah sejenis fiber, bahan yang sama pada pokok dan kertas. Lapisan selulosa ini terapung dalam air teh kita dan menjadi 'bilik' untuk yis merebak dan menukarkan air teh kepada kombucha.

"Bakteria dan yis ada juga akan berada di bahagian bawah lapisan selulosa tersebut," ujarnya.

Memetik laporan rootofscience, cendawan Makkah ini memberi banyak manfaat terhadap kesihatan manusia kerana kandungan bakteria di dalamnya.

Sesetengah individu menjadikan kambocha sebagai minuman harian.

Sesetengah individu menjadikan kambocha sebagai minuman harian.

Bagaimanapun, katanya, komposisi kimia dan kepekatan metabolit dalam kombucha tidak dapat dipastikan secara tepat kerana tindak balas yis bersama bakteria bergantung pada sumber inokulum, kepekatan gula dan teh, tempoh penapaian dan suhu yang digunakan yang mana sebarang perubahan pada keadaan fermentasi akan memberi kesan kepada produk akhir.

Untuk pengetahuan anda, kombucha kaya dengan asid organik, vitamin dan polifenol dari daun teh dan keadaannya yang rendah pH menghalang pembiakan bakteria daripada berlaku.

Kajian terhadap model in vitro (sel) dan model haiwan menunjukkan potensi dan kebaikan kombucha kepada fungsi hati dan gastrousus, sebagai anti-mikrobial, peransang imun, penyahtoksikan, antioksida, agen anti tumor yang menghalang perkembangan dan pembiakan kanser, penyakit kardiovaskuar, diabetes dan penyakit neurodegeneratif.

Sehingga kini, aktiviti biologikal kombucha ini telah dikaji terhadap tikus, arnab, itik, anjing, khinzir, lembu dan dalam sel darah periferal limfosit manusia.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kesan sampingan pengambilan kombucha yang dilaporkan oleh individu-individu seperti berasa loya dan pening, alergi, penyakit kegagalan hati dan jaundis, masalah buah pinggang dan metabolik serta laktik asidosis.

Bagi sesetengah pesakit seperti pesakit diabetes, darah tinggi dan jantung, pengambilan kombucha mungkin memberi kesan reaktif pada ubatan yang diambil setiap hari dan menganggu keberkesanan ubat tersebut malah mampu mengganggu metabolism dalam hati.


 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo