Pagi tadi kawan lama saya telah menghubungi saya bertanya di whatsapp dengan menghantar beberapa kenyataan Rafizi dan cybbertropper PH yang menunjukkan kononnya Tuan Ibrahim telah menyalahguna kuasa.
Memang video itu menarik dan nampak macam benar bila diselitkan dengan beberapa fakta pula kononnya "Pak Lebai" banyak membuat silap dan kalah saman pula tu.
Saya kenal Anwar dan Rafizi sejak zaman reformasi lagi, walaupun Rafizi budak Kemaman ni agak lewat sikit penonjolannya setelah dia tidak serasi dengan PAS Kemaman.
Kajian itu menunjukkan sokongan kepada PH juga menurun dan pola penurunan sangat membimbangkan.
Antara faktor dikesan daripada pola penurunan itu ialah faktor 22 bulan PH memerintah memberikan satu kesan truma yang sangat mendalam. Selain daripada faktor rakyat sekarang (merujuk pengundi muda) yang lebih banyak mengadap telefon dan mendapat maklumat lebih cepat dan maklumat pula daripada pelbagai sumber. Pemikiran generasi muda ini adalah hasil daripada 2 tahun zaman PKP yang mana mereka ini lebih dekat dengan internet.
PH dalam mesyuarat STP (strategy target pru) telah mengesor beberapa pendekatan. Oleh kerana cara pendekatan ceramah sebelum ini yang banyak mendfedahkan rasuah, ekonomi dsbnya tidak lagi menjadi tarikan mereka telah memilih satu pendekatan yang sangat buruk iaitu politik "Machiavelli".
Untuk pengetahuan pembaca tipu muslihat (tricks), licik (Cunning) dan dusta (Lie). Ketiga-tida teras ‘fatwa’ yang dikemukakan dalam teori politik Machiavelli ini perlu digabungkan dengan penggunaan kekejaman dan kekuatan. Mungkin dalam lanskap politik Malaysia, hanya kekejaman sahaja mungkin belum digunakan dalam erti kata kekerasan atau penyiksaan fizikal terhadap musuh politik. Tipu muslihat, licik dan dusta boleh dikatakan menjadi asam garam bagi pengamal mazhab politik Machiavelli atau ala Machiavelli.
Oleh kerana itu tidak hairan Anwar Ibrahim telah mengeluarkan surat saman kepada Pesuruhjaya PAS Perak atas isu yang sangat remeh sedangkan orang tuduh dia liwat dia tak saman pun.
Ya buka fail saman hanya perlu RM10k, katakan kalau kes ini tak disambung selepas PRU15, hanya rugi RM10k sahaa. Katalah habislah 30k.
RM30k untuk satu kempen pilihanraya adalah sangat sedikit berbanding dengan infak yang akan terkena kepada parti lawan. Poster dan banner sahaja lebih daripada itu.
Lagi best boleh buat kempen di pentas-pentas.
Begitu Rafizi, dia ambil pendekatan untuk menuduh Tuan Ibrahim Tuan Man berdasarkan "kecurigaan yang meluas" (widespread suspicion) dan katakan dia disaman. Saman kerana perkara ini. Saman perlukan masa yang panjang. PH tidak mengira dosa dan pahala, yang mereka tahu Anwar mesti jadi PM dengan apa cara sekali pun.
Jadi dalam masa 9 hari sebelum PRU15 adalah lebih penting bunuh kreator Tuan Ibrahim Tuan Man. Selepas itu lain cerita. Memang Rafizi banyak kali dalam ceramahnya tugas mereka adalah menghasut.
9 hari sebelum PRU15 ini dalam setiap malam, setiap video klik, setiap sebaran oleh cybertropper akan menyerang Tuan Ibrahim Tuan Man. Soal benar atau salah bukan menjadi isu yang penting serangan mesti dibuat. Ini dipanggil politik "Bunuh Kreator".
Lihat mana-mana ceramah PH itu yang mereka amal. Mereka tak ada pendekatan untuk menyelesaiakan masalah rakyat. Mereka hanya menyalahkan orang itu dan orang ini. Sangat berbeza dengan pendekatan Pakatan Nasional (PN).
Selepas PRU15 nanti. Antara 2, jika boleh dipanjangkan pembicaraan saman TITM, maka dipanjangkan, jika tidak mengaku bersalah minta maaf. Katakan kena bayar RM50k
RM50k dengan kelebihan yang dapat sangat berbaloi. Itu belum lihat macam mana punahnya PN. Pasang Billboard Anwar sahaja RM300k untuk satu.
Orang bodoh akan terpedaya
Orang cerdik akan diselamatkan oleh Allah oleh politik Machiavelli PH ini
NASIR RAMLEE
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
bila lg pas nk saman? masa ni lah.
ReplyDelete