Rata-rata rakyat Malaysia menyukai Teh Tarik, lagi tarik lagi kaw kaw!
Teh Tarik minuman kegemaran rakyat Malaysia yang sesuai diminum pada bila-bila masa dan di mana jua. Tetapi, AWAS! Jangan sampai minum berlebihan!
Tapi malangnya tidak semua orang pakar menghasilkan air teh tarik yang betul-betul sedap. Selalunya peniaga di kedai sahaja yang mahir membuat minuman ini jadi kaw kerana bila diri sendiri yang buat kadang itu selalunya gagal.
Bagi menutupi kelemahan itu, apa kata anda gunakan tips ‘masak’ air teh kaw-kaw yang dikongsikan oleh Puan Rozana Mamat untuk cuba lakukannya di rumah. Hanya guna lima bahan sahaja dan caranya pun mudah. Jom cuba!
Let’s check it out!
CARA ‘MASAK’ TEH TARIK KAW-KAW SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- Air 500ml.
- Teh empat atau lima uncang (lagi banyak lagi kaw).
- Susu pekat (ikut tekak masign-masing nak manis mana).
- Susu cair setengah tin (nak lagi lemak, bubuh saja lebih).
- 1sk esen vanila.
CARA PENYEDIAANNYA:
- Didihkan teh uncang.
- Selepas itu, bubuh (letak) susu pekat, susu cair dan esen vanila.
- Biarkan mendidih seketika.
- Siap! *kalau nak minum ais, tunggu sejuk dulu then tambah saja ais ketul.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Rozana Mamat
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment