Calon Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Manolan Mohamad terpaksa 'berputih mata' selepas borang pencalonannya ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengarah SPR Pahang, Zamree Hamli ketika dihubungi memaklumkan, penolakan borang pencalonan dikemukakan Manolan disebabkan dia bukan pemastautin di negeri itu.
"Syarat untuk bertanding bagi kerusi DUN Pahang adalah calon mesti beralamat di negeri yang mahu ditandinginya," katanya sambil mengesahkan alamat mastautin Manolan adalah di Shah Alam, Selangor.
Penolakan borang Manolan diumumkan pegawai pengurus pilihan raya Bera, Zaman Azam Mohamat Sarif ketika mengumumkan senarai akhir calon layak bertanding di kerusi itu, tengah hari tadi.
Ini adalah kali kedua Manolan cuba memberi saingan di kerusi DUN Kemayan.
Cubaan kali pertama pada PRU14 menyaksikan dia tewas kepada calon BN ketika itu, Mohd Fadil Osman.
Dengan penolakan borang Manolan bermakna kerusi DUN Kemayan akan menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara calon BN dan PN.
BN meletakkan ketua pemuda Umno Bera, Khaizulnizam Mohamad Zuldin manakala PN pula menampilkan Shapuan Hussin.
Pada PRU14, kerusi itu dimenangi calon BN, Mohd Fadil dengan majoriti 4,618 undi.
Dia menewaskan Manolan yang mendapat 3,812 undi manakala seorang lagi calon daripada PAS, Md Yusof Che Din yang memperoleh 3,265 undi.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment