NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon PH Kepala Batas tanggung hutang lebih RM100,000


KEPALA BATAS:
Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Danial Abdul Majeed yang bertanding Parlimen Kepala Batas atas tiket Pakatan Harapan (PH) dilaporkan menanggung hutang lebih RM100,000.

Jurutera berusia 26 tahun itu berkata, antara hutang yang ditanggungnya termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM23,000, baki pinjaman kereta (RM27,694), motosikal (RM5,500) dan dua pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinan serta hal-hal lain dengan baki bayaran lebih RM37,000.

Katanya, beliau pula hanya memiliki aset iaitu sebuah Perodua Axia dan motosikal Yamaha Y-15 bernilai RM53,300.

"Di dalam tiga akaun bank milik saya mempunyai wang simpanan hanya RM3,125.31 dan setakat 30 September lalu akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saya ada sekitar RM6,501.

"Ini menjadikan jumlah liabiliti yang ditanggung ketika ini bernilai RM102,146, menjadikan jumlah bersih aset milik saya ialah defisit RM39,218.99," katanya yang mengisytiharkan harta miliknya hari ini.

Beliau berkata, semua aset yang diperoleh itu adalah sebelum beliau bergiat aktif dalam politik sejak 2017 hingga 30 September lalu.

Dalam pada itu, Danial turut mencabar semua calon yang bertanding bagi kerusi parlimen berkenaan dapat membuat tindakan sama sepertinya bagi memastikan budaya politik di Kepala Batas bersih dan bebas rasuah.

"Saya juga mahu menyeru semua calon untuk berdebat atau diskusi bagi menyatakan aspirasi mereka kepada masyarakat dan pengundi sekiranya dipilih pada PRU15 pada jam 3 petang esok di Bilik Operasi Utama Muda, di Bertam.

"Saya faham di saat akhir ini mungkin calon-calon lain mempunyai kekangan dengan jadual yang padat.

"Bahkan, saya terbuka dan bersedia untuk pergi ke mana saja dan tidak kira waktu sekiranya ada calon mahu melakukan debat ini di tempat mereka kerana rakyat di sini mahu kenal dan lebih mengetahui siapa yang bakal mereka pilih pada 19 November nanti," katanya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo