NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon Melayu wakili DAP Bangi tak sensitif agama?

Saya diberikan dengan gambar dan beberapa video ini. Mengucap panjang saya melihat perbualan anak muda ini di twitter yang menghina Nabi kita yang mulia. Malah disebut pula nama Allah seolah mahu permainkan agama. 

Apa yang lebih saya kecewa, antara perbualan tweet ini, tertera seorang calon DAP berbangsa Melayu dan beragama Islam yang bertanding di tempat yang menjadi bandar ilmu & Islam dan bangga dgn Tokoh Ulama Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din, yang saya juga difahamkan beliau juga adalah Setiausaha Politik Lim Kit Siang. Tuan Syahredzan Johan. Perbualan penghinaan agama ini tidak boleh dibiarkan dan perlu untuk diberikan pengajaran. 

Jika marah pun dengan mana-mana pihak yang membawa mesej agama, bukan ini caranya. Seseorang perlu bertanggungjawab terhadap tulisan seperti ini.

Pihak berkuasa perlu di maklumkan atas perbuatan seperti ini. Kita tak boleh biarkan kebebasan untuk meluahkan apa sahaja termasuklah dalam urusan agama dipandang ringan dan berleluasa. Pengajaran berat perlu di buat!

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo