NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Buktikan PN dapat manfaat daripada kontrak kerajaan, Muhyiddin cabar Anwar

Muhyiddin Yassin mencabar Anwar Ibrahim membuktikan dakwaannya PN menjadi gabungan politik terkaya susulan projek yang dilaksanakan ketika pandemik.

JOHOR BAHRU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mencabar Anwar Ibrahim membuktikan dakwaan gabungan pimpinannya paling kaya.

“Apa bukti dia ada?” soalnya ketika berkempen di sini.

Muhyiddin berkata, beliau tiada masalah menunjukkan akaun kewangan PN kepada Anwar, tetapi tertanya-tanya jika pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mampu lakukan perkara sama.

“Bolehkah dia lakukannya?”

Terdahulu, Anwar mendakwa PN merupakan gabungan politik terkaya ketika ini kerana mendapat projek berbilion ringgit ketika pandemik Covid-19.

Ditanya mengenai dakwaan Anwar bahawa PN dan Barisan Nasional (BN) merancang bekerjasama, Muhyiddin berkata: “Apa bukti dia ada?

“Kami sedang bertanding menentang Umno dalam pilihan raya kali ini.

“Anwar dan Rafizi Ramli suka buat dakwaan tak berasas,” katanya merujuk timbalan presiden PKR itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sudah membuat penjelasan berhubung perkara itu hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin dilaporkan berkata, kenyataan berhubung kemungkinan BN dan PN membentuk kerajaan persekutuan diambil di luar konteks.

Penjelasannya menyusul kenyataan Muhyiddin yang berkata, PN tidak memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN bagi membentuk kerajaan baharu.


Sumber I FMT Malaysia 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo