NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Bubarkan saja BN' - Jamal

Datuk Seri Jamal Md Yunos


Kuala Lumpur: Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil lantang mendesak Barisan Nasional (BN) dibubarkan susulan prestasi parti komponen, terutama MCA dan MIC yang didakwa tidak memberangsangkan.

Gesaan dibuat Pengarah Komunikasi BN Selangor itu antara lain berpunca akibat tindakan MCA dan MIC yang dikatakan 'besar kepala', selain berlagak seolah-olah 'Abang Long' apabila mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan Pengerusi BN.

"MCA yang sepatutnya perlu berundur. MCA ini macam sudah tiada dan tak wujud. Saya rasa BN perlu dibubarkan dan Umno bergerak sendirian selepas meneliti prestasi MCA, terutama di Bahagian Sungai Besar.

"Tak guna ada komponen BN tetapi mereka seolah-olah jadi 'Abang Long'... mereka besar kepala, padahal bukan apa-apa pun.

"Bertanding pun hanya berani di kawasan majoriti Melayu, kalau berani bertandinglah di Bukit Bintang, Seputeh dan sebagainya," katanya ketika ditemui di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Beliau mengulas gesaan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang mahu Ahmad Zahid melepaskan jawatan Pengerusi BN secara terhormat dan digantikan dengan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Gesaan Sin Woon itu susulan kenyataannya yang mengesahkan Ahmad Zahid mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong, menyatakan BN menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Sementara itu, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, menyifatkan gesaan Sin Woon sebagai keterlaluan, selain menggesa MCA dan MIC keluar daripada gabungan berkenaan.

"Dari mula lagi saya rasa tindakan ini (gesaan Ahmad Zahid melepaskan jawatan) tidak bertanggungjawab kerana semua pihak perlu memikul tanggungjawab sama susulan situasi ini. 

"Siapa yang kalah akan tetap kalah, dan terima dulu kekalahan ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya tidak mahu salahkan sesiapa," kata Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Mengulas isu sama, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menggesa Sin Woon melepaskan jawatannya susulan prestasi MCA yang hanya menang di dua kawasan berbanding 44 kerusi ditandingi parti itu.

"MCA bertanding di 44 kerusi tetapi menang di dua kerusi kawasan orang Melayu. Ini sekali gus menterjemahkan MCA gagal mendapat sokongan masyarakat Cina dan beliau perlu bertanggungjawab," katanya.


Sumber I Harian Metro






Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo