NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Buat Kali Ke-5, Parlimen Lubnan Gagal Lantik Presiden


LUBNAN, 11 November 2022 –
Parlimen Lubnan sekali lagi telah gagal dalam membuat perlantikan bagi jawatan Presiden untuk negara itu pada Khamis baru-baru ini.

Kegagalan ini adalah kegagalan kali kelima buat negara tersebut dan ianya hanya membawa negara itu ke arah yang lebih merbahaya iaitu ketiadaan institusi pusat yang berfungsi dengan berkesan, dalam keadaan di mana warga negara tersebut kini sedang berhadapan dengan krisis kewangan yang rumit.

Sebelum ini, penggal mantan presiden negara tersebut, Michen Aoun telah tamat pada 31 Oktober tahun ini.

Dengan tamatnya penggal bagi pentadbiran Michen Aoun itu telah menjadikan negara tersebut mengalami situasi di mana berlakunya perpecahan dalam kalangan blok-blok politik dalam usaha membentuk kabinet baharu.

Dengan pentadbiran yang tidak berfungsi dengan sepenuhnya sejak Mei lalu, pentadbiran kerajaan Lubnan kini diuruskan dengan kapasiti kerajaan sementara.

Negara tersebut telahpun mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk sejak tiga tahun lalu dan dengan keadaan politik tempatan masa kini, kemungkinan negara tersebut akan berhadapan dengan masalah kegawatan kewangan yang lebih buruk.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo