PETALING JAYA: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi BN berkata, dengan undi percaya itu keabsahan perdana menteri dimuktamadkan dan pihak yang cuba mempertikaikannya akan senyap.
“Walaupun ada pihak mengatakan ini langkah berisiko perdana menteri baharu, namun inilah proses demokrasi yang perlu dilalui.
“BN akan terus menyokong penuh sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong pembentukan kerajaan baharu ini,” katanya di Facebook.
Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 selepas mendapat sokongan BN dan blok parti dari Borneo untuk membentuk kerajaan perpaduan sekali gus menamatkan krisis politik selepas tiada parti mendapat majoriti mudah pada PRU15.
Dalam sidang media pertamanya sebagai perdana menteri, Anwar berkata beliau akan “menguji” majoriti yang dimilikinya dengan mencadangkan usul percaya di Dewan Rakyat.
Beliau juga menyatakan kerajaan baharu itu akan membentangkan semula bajet yang disemak dalam sebulan atau lebih.
........
Komen: BN? Atau 10 MP geng Zahid aje
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment