NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN rampas semula Kuala Pilah


KUALA PILAH:
Calon Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan menang di Parlimen Kuala Pilah menewaskan empat calon lain.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling berjaya merampas semula Parlimen itu dengan majoriti 6,483 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Eddin Syazlee Shith, yang juga penyandang Parlimen itu mendapat  11,560 undi

Calon Pakatan Harapan (PH) Nor Azman Mohamad (14,940),calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Kamarulzaman Kamdias (406) dan wakil Parti Warisan, Datuk Azman Idris (333).

Keputusan itu diumum oleh Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Parlimen Kuala Pilah di Dewan Dato’ Bahaman di sini sebentar tadi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerusi Parlimen Kuala Pilah dimenangi oleh Eddin Syazlee dengan majoriti tipis 200 undi.- UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo