NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN-PH Perak: Saarani gadai prinsip demi jawatan MB


PENGERUSI
BN Perak nampaknya cuba menegak benang yang basah. Penafian mahukan jawatan Menteri Besar (MB) dengan menerima tawaran menjadi MB oleh PH adalah suatu perkara yang sama. Tidak timbul soal tawaran jika benar beliau berprinsip.

Menipu tiadanya perbincangan dengan PN juga adalah kesilapan besar Saarani. Memulakan suatu langkah songsang untuk bersama-sama dengan DAP melalui jalan singkat, semata-mata untuk jawatan dengan menggadai prinsip Umno sendiri.

Adakah beliau akan dianggap cerdik oleh ahli Umno dengan menerima gabungan PH yang didominasi oleh DAP?

Apakah beliau yakin gabungan ini boleh menatijahkan kerajaan stabil dan makmur dengan pakatan yang tidur sebantal, mimpi lain-lain?

Bagaimana dengan penerimaan ahli Umno Perak terhadap pemilihan gabungan ini?

Justeru, soalan-soalan ini saya tinggalkan untuk disantuni jawapannya oleh Saarani dan mereka yang terlibat gabungan. Tentunya yang paling gembira adalah DAP kerana Perak telah menjadi Pulau Pinang kedua bagi mereka.

Inilah barangkali yang disebut menang sorak, kampung tergadai, kesian.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
27 Rabiul Akhir 1444 / 22 November 2022




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo