Berdasarkan perkembangan semasa, BN mungkin perlu membentuk kerajaan gabungan dengan pihak lain, kata Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.
“Masih tak boleh,” katanya kepada Malaysiakini melalui pesanan teks sebentar tadi.
Dia berkata demikian ketika ditanya bacaannya sama ada BN boleh membentuk kerajaan.
“Dengan gabungan besar kemungkinan,” katanya ketika ditanya berkaitan kemungkinan itu.
Berdasarkan kiraan tidak rasmi Malaysiakini, setakat jam 10.28 malam, daripada 39 kerusi, BN mendapat tujuh kerusi parlimen berbanding Pakatan Harapan (PH) dengan 20 kerusi.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat 10 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) mendapat dua kerusi.
Keputusan bagi kebanyakan kerusi masih belum diperoleh.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment