NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN dan kena kencing dengan PH: (1-0) Saya tak akan tarik diri, kata calon PH Padang Serai


Calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Sofee Razak berkata Padang Serai merupakan kubu kuat PKR sejak 1999 dan parti itu memegang kerusi parlimen berkenaan sejak 15 tahun lalu.

Justeru, Mohamad Sofee berkata dia tidak akan menarik diri daripada pilihan raya kecil (PRK) Padang Serai 7 Dis ini untuk memberikan laluan kepada calon BN.


Semasa Anwar sedang berunding nak jadi PM, nada PH aga lembut. Pasal masa tu BN Pahang belum buat keputusan lagi. Petikan akhbar berkata...

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Mohd Fadzli Mohd Ramly, sedia memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika diarah pucuk pimpinan tertinggi parti.

Mohd Fadzli berkata, perkara itu sudah dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH dengan mengambil kira situasi politik semasa di peringkat Pusat dan DUN Pahang, namun setakat ini belum ada sebarang kata putus dibuat.


Tetapi bila Anwar jadi PM, PH dah bersama BN di Pahang nada dah berbezamalah minta BN pula beri laluan.

"Saya telah 'bekerja' di sini sejak tiga tahun lalu manakala Sofee baru tiba di sini sehari sebelum hari penamaan calon (24 November).

"Jadi, adalah tidak adil untuk meminta saya memberi laluan kepada Sofee hanya kerana BN memberi laluan kepada calon PH di DUN (Dewan Undangan Negeri) Tioman. Itu bukan masalah saya,” katanya ketika ditemui media semasa kempen dari rumah ke rumah di Kampung Padang di sini pada Ahad.

“Saya menghormati pendapat C Sivaraj (calon BN) yang meminta PH menarik diri daripada saingan dan memberi sokongan kepada BN untuk memenangi PRK,” kata Mohamad Sofee semasa berkempen bersama Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun di Kulim, Kedah hari ini.

Mohamad Sofee sebaliknya meminta BN keluar untuk menyokong PH bagi mengurangkan risiko pecah undi dan memastikan kemenangan PH pada PRK yang akan diadakan pada 7 Dis ini.






........
Komen: Perompak terima penyamum... bergaduhlah




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo