KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memohon untuk menangguhkan sembah menghadap yang dititahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, esok.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Won dan Timbalan Presiden MIC M Saravanan malam tadi yang ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebentar tadi.
“Kita minta pengangguhan, kita meneliti banyak perkara, kedudukan parti macam-macam. Pilih mana satu (parti) belum buat keputusan. Kalau boleh kita minta tangguh sebab kita dah minta istana.
“Kita teliti beberapa perkara lagi. Kita minta istana boleh tangguh atau tidak. Setiausaha agung (BN) dah maklumkan tadi kalau tangguh-tangguhlah,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin berkata, parti masih lagi dalam tempoh bertenang dan setakat ini masih belum ada sebarang keputusan yang muktamad.
“Kita dalam ‘cooling period, kita bertenang kita tidak membuat apa-apa keputusan, bincang ada tapi keputusannya kita bertenang, bertenang daripada memikir.
“Kita ada 30 sahaja kenapa kita yang huru hara,” katanya.
Awal hari ini, Sultan Abdullah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN datang menghadap secara individu pada jam 10.30 esok.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata sesi menghadap pagi esok itu supaya Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment