KOTA DAMANSARA: Barisan Nasional (BN) kekal dengan keputusan melantik tiga Timbalan Perdana Menteri jika gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada gabungan itu sudah menetapkan calon yang akan dinamakan bagi jawatan berkenaan, namun berkata ia akan dimuktamadkan kemudian.
(Biarkan) kita menang dulu, kita belum bincang lagi (calon Timbalan Perdana Menteri), calon daripada UMNO, Sabah dan Sarawak, semuanya keputusan (akan dibuat) selepas kita menang (PRU15)," katanya, di sini, malam ini.
Beliau berkata demikian mengulas syor menamakan calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, sebagai antara calon bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri, jika BN menang pada PRU15.
Terdahulu, Ismail Sabri dan Khairy meluangkan masa menjamu selera dan beramah mesra bersama kira-kira 300 penduduk setempat di sebuah warung berhampiran.
Yang turut hadir, Pengerusi BN Selangor, merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut merayu pengundi Sungai Buloh untuk memberi sokongan kepada Khairy, yang juga Menteri Kesihatan, pada PRU15.
"Saya menyeru semua pengundi di Sungai Buloh, yang juga ahli Keluarga Malaysia untuk menyokong memilih Khairy di Parlimen Sungai Buloh," katanya, yang juga calon BN Parlimen Bera, Pahang.
Sumber I BH Online
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment