KUALA LUMPUR: Kes mahkamah yang masih dibicarakan melibatkan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) bukan sebahagian daripada perjanjian antara gabungan itu dan Pakatan Harapan (PH), kata Anwar Ibrahim.
“Kes-kes itu tidak berkaitan dengan apa yang telah dibincangkan. Mahkamah, mahkamah lah, ia tidak terikat dengan apa dipersetujui kerajaan.
“Badan kehakiman harus bebas, jangan dikaitkan dengan eksekutif,” kata Anwar pada sidang media.
Pengerusi PH itu mengulangi perkara berkaitan mahkamah tidak dibangkitkan dalam pertemuan tiga jam antara wakil PH dan BN di Hotel Seri Pacific di sini.
Beliau menegaskan kerajaan baharu harus menghormati pengasingan kuasa dan eksekutif tidak boleh mencampuri urusan badan kehakiman.
Sebelum ini, timbul kebimbangan pemimpin BN yang terbabit dalam kes mahkamah, termasuk Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, akan dibebaskan daripada pertuduhan, jika BN kembali berkuasa.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment