NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersama PH di Perak, Pahang 'clue' terbaik kata Puad Zarkashi



SHAH ALAM
- Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan kerajaan yang bakal dibentuk dalam waktu terdekat adalah seperti di negeri Perak dan Pahang.

"Penubuhan Kerajaan Perak dan Pahang adalah 'clue' terbaik. Sudah tentu bukan PN (Perikatan Nasional).

"UMNO akan turun ke bawah untuk beri penjelasan. MCA dan MIC mesti terima kenyataan. Ayuh rakyat Malaysia.


"Moving forward dan buka buku baru," katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan yang dibuat oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu pada tengah malam Rabu.

UMNO bersedia membentuk kerajaan perpaduan tanpa melibatkan PN.

Dalam pada itu, Fuad menjelaskan, parti itu amat serius dan demokratik ketika membuat keputusan penting tersebut.

"Kali pertama dapat pengalaman mesyuarat MKT UMNO sampai jam satu malam.

"Hampir semua bercakap. UMNO amat serius dan demokratik. Akhirnya keputusan dibuat secara konsensus," ujarnya

Tambah beliau, BN akan menyertai kerajaan perpaduan atau apa apa bentuk yang lain dan keputusan itu dibuat demi negara dengan mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong.

"Di lobi WTC ramai pemberita tanya PH atau PN.

"Jawapannya mudah. PN tolak Kerajaan Perpaduan. GPS akur titah YDP Agong," ujar beliau.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Puad timbul persoalan besar sama ada parti itu akan mengetuai kerajaan yang bakal dibentuk.

Ini kerana kerajaan negeri Perak diketuai oleh BN sementara di Pahang perbincangan masih berlangsung namun PH telah menyatakan sokongan agar BN diberikan jawatan Menteri Besar.







Komen: ..Bersama DAP itu terbaik??




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo